top of page

Saya Dah Tak Mampu Nak Bayar Hutang, Bagaimana?

Writer's picture: Jacheal LimJacheal Lim

En Amran bertekad untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapinya. Beliau ada juga bertanya kepada rakan sekerjanya, namun masing-masing mula menjauhkan diri darinya kerana beliau kerap juga meminta untuk meminjam wang. Satu hari, En Amran ada ternampak iklan Jenson Agency  yang kononnya boleh bantu orang keluar dari masalah kewangan dengan program pembiayaan semula mereka.


Tanpa berlengah, En Amran terus menghubungi Jenson Agency dan menetapkan tarikh temujanji. Semasa pertemuan, En Amran menceritakan masalah yang dihadapinya. Namun, komitmen yang tinggi bukanlah satu-satunya masalah yang dihadapi oleh En Amran, pihak Jenson Agency cuba membantu En Amran dengan beberapa cadangan, antaranya ialah dengan membuat refinancing rumah. Namun, En Amran memberitahu yang rumahnya di Kuala Lumpur ini usianya belum mencecah 10 tahun lagi. 


Selepas mendengar masalah yang dihadapi oleh En Amran, pihak Jenson Agency mula merancang plan langkah strategi bagi menyelesaikan masalah En Amran. Jenson Agency mengemukakan jalan penyelesaian dengan menerapkan “Program Melindungi Rumahku”, bagi menyelesaikan hutang dengan pihak bank dan memohon pinjaman pembiayaan semula bagi menutup hutang jahat dan mengeluarkan wang bagi kegunaan sendiri. 


Setelah solusi yang dicadangkan Jenson Agency mendapat persetujuan dari En Amran, pihak Jenson Agency pun mula menjalankan satu persatu langkah strategi mereka dan semunya berjalan lancar seperti yang dirancang. Hasil daripada solusi tersebut, hutang dari pinjaman peribadai En Amran yang dah bertambah menjadi RM80,359 berjaya diselesaikan dengan hasil Pinjaman Pembiayaan Semula Rumah (Refinancing) dan En Amran juga berjaya mendapat wang lebihan sebanyak RM19,600 bagi kegunaan peribadi. 


Dengan ini, nama En Amran sudah bersih dari sebarang hutang yang ditanggung sebelum ini dan komitmen bulanan En Amran juga berjaya dikurangkan. En Amran juga berjaya mencantikkan rekod CCRIS dan CTOS nya. Jadi, beliau tidak perlu risau lagi jika mahu memohon apa-apa loan selepas ini memandangkan rekodnya sudah kembali normal. Bukan itu sahaja, Jenson Agency juga ada memberikan khidmat nasihat kewangan tentang pengurusan hutang yang baik untuk diamalkan supaya En Amran tidak terjerat dalam masalah hutang yang tinggi lagi.

1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page