top of page

Penjawat Awam Terjerat Dengan Bebanan Hutang Yang Tinggi

Writer's picture: Jacheal LimJacheal Lim

Dunia sekarang berdepan dengan keadaan inflasi yang teruk. Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, memang mencabar bagi individu mahupun keluarga dengan anak kecil yang masih bersekolah untuk meneruskan hidup di ibu kota Kuala Lumpur hari ini.


Dunia sekarang berdepan dengan keadaan inflasi yang teruk. Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, memang mencabar bagi individu mahupun keluarga dengan anak kecil yang masih bersekolah untuk meneruskan hidup di ibu kota Kuala Lumpur hari ini. 


Jadi, tidak hairanlah jika statistik menunjukkan yang ramai dalam kalangan penjawat awam mempunyai masalah kewangan yang teruk kerana menanggung hutang bulanan yang tinggi. Ia mungkin disebabkan faktor mereka yang bekerja sebagai penjawat awam mudah untuk membuat pinjaman sehinggakan mereka mengambil kesempatan tanpa memikirkan kesan di masa hadapan. 


Begitulah situasi yang dihadapi oleh En Amran, 40, seorang anak jati Sarawak yang berhijrah ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan juga untuk membantu ibunya yang tinggal di kampung membesarkan adik-adiknya. Namun, tidak disangka-sangka, kehidupan yang dirancang menjadi bertambah buruk.


En Amran pertama kali menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur ketika berusia 30 tahun apabila beliau berjaya mendapat kerja sebagai Polis Bantuan di Putrajaya. Tawaran kerja itu pada mulanya merupakan kebanggan besar bagi keluarga En Amran, apabila anak lelaki sulung dalam keluarganya yang meninggalkan Mukah, Sarawak dan memulakan kehidupan baharu mencari rezeki di Kuala Lumpur. 


Semuanya bermula dengan satu pinjaman awal yang diambil oleh En Amran. Semasa baru tiba di Semenanjung, En Amran tiada tempat tinggal yang tetap dan tiada kenderaan untuk bergerak. Jadi, dengan berbekalkan wang simpanan RM1,000 yang dibawa dari kampung memang tidak mencukupi untuk membayar duit deposit sewa bilik dan tambang kenderaan ulang alik ke tempat kerja.

En Amran menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan sekerjanya yang lebih senior. Kebetulan, rakannya itu juga berasal dari Sarawak, jadi mereka cepat akrab. Kawan En Amran berkata yang dia tidak perlu bimbang. Disebabkan mereka bekerja sebagai penjawat awam dan sukar untuk kehilangan kerja, jadi mereka boleh dapatkan pinjaman daripada koperasi kredit dengan mudah. 


Setelah diyakinkan oleh rakannya, En Amran pun memohon pinjaman pertamanya daripada koperasi kredit berjumlah RM5,000 dengan tempoh pinjaman 2 tahun, dan bayaran balik bulanan sebanyak RM250 yang akan ditolak terus daripada gajinya. Ketika itu, En Amran tidak berfikir panjang, apa yang ada dalam fikirannya ialah duit itu boleh digunakan untuk membeli motorsikal yang berharga RM2,500, membayar deposit sewa bilik RM1,100 dan beliau masih ada baki wang yang tinggal. Dengan gaji bulanan sebanyak RM1,500, beliau anggap bayaran bulanan RM250 itu tidak menjadi masalah. 


Setelah dua tahun lebih bekerja di Semenanjung, En Amran bercadang untuk membeli rumah sebagai aset pertamanya memandangkan gajinya pun dah ada kenaikan. Seperti biasa, disebabkan En Amran merupakan seorang penjawat awam, permohonan loan beliau sangat mudah untuk lulus. Selepas berjaya membeli rumah, En Amran merasakan yang beliau perlu membeli sebuah kereta pula. Yelah takkan nak terus pakai motorsikal kan. 


Kehidupan En Amran di Kuala Lumpur berjalan lancar, sehinggalah satu hari beliau mendapat berita yang ibunya di kampung jatuh sakit dan memerlukan sejumlah wang yang besar untuk pembedahan. En Amran buntu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang untuk membayar kos rawatan ibunya sebanyak RM18,000. Lazimnya, ejen-ejen bank memang selalu hadir ke pejabat kerajaan untuk mempromosikan program terbaru mereka. En Amran pun tak melepaskan peluang untuk bertanya tentang pinjaman kewangan yang boleh beliau mohon bagi menampung kos rawatan ibunya. 


Setelah berbincang dan dinasihatkan oleh ejen, En Amran memilih untuk mengambil pinjaman sebanyak RM50,000 dengan bayaran balik RM800 sebulan. Namun malangnya, kesihatan ibu En Amran semakin merosot selepas pembedahan tersebut. Beberapa bulan kemudian, ibunya meninggal dunia. En Amran terpaksa membawa dua orang adiknya yang masih bersekolah untuk datang ke Kuala Lumpur kerana tiada siapa yang boleh menjaga mereka di kampung. Walaupun gajinya sudah naik sehingga RM2,800 sebulan, kewangan


En Amran tetap bermasalah kerana commitment nya yang terlalu tinggi. Beliau perlu membayar ansuran bulanan bagi loan rumah, kereta, dan pinjaman peribadi nya. Kehidupan En Amran bertambah serabut, dengan pendapatan yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan dia dan adik-adiknya, ditambah pula dengan komitmen bulanannya lagi. 



En Amran ada juga cuba untuk memohon lagi sekali personal loan, namun kali ini permohonannya tidak berjaya keranan komitmen bulannya sudah terlalu tinggi dan ditambah pula masalah bad debt dan bad credit yang dihadapinya. Akhirnya En Amran berputus asa dan mencari jalan keluar dari krisis kewangan yang beliau hadapi. Ikuti bahagian seterusnya untuk mengetahui bagaimana usaha En Amran menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya.


1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page