Siapa je yang tak ada impian untuk memiliki kediaman sendiri kan? Tambahan pula apabila melihat pencapaian sesetengah individu yang mampu membeli kediaman pada usia yang lebih muda, sudah pastinya ia menyuntik rasa kagum dan perasaan untuk mengecapi perkara yang sama menjadi lebih berkobar-kobar.
Namun, membeli kediaman bukanlah semudah yang disangka. Jika tersilap percaturan, silap haribulan diri sendiri yang akan merana. Mungkin bagi sesetengah orang untuk membeli rumah sudah memadai dengan memiliki 10% wang pendahuluan sepertimana yang diperlukan oleh pihak bank.
Namun sebenarnya, banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan membeli rumah ni. Hal ini demikian kerana, jika anda tersilap langkah, silap-silap anda bakal muflis!
Begitulah juga kisah Sakinah, 32 yang hampir sahaja muflis kerana keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa perancangan yang betul. Lebih parah, beliau pernah juga terlintas untuk menamatkan riwayat sendiri kerana terlalu buntu dengan masalah kewangan yang dihadapinya.
Sakinah membeli rumah pertamanya di awal usia, iaitu ketika berumur 21 tahun. Ia adalah kediaman jenis apartment kos rendah dan semasa beliau membuat keputusan untuk membeli rumah itu pun, beliau mengaku yang beliau tak berfikir panjang dan membuat keputusan secara tergersa-gesa.
Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sakinah tidak menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tetapi beliau terus bekerja dalam bahagian “sales & marketing”. Dua tahun selepas bekerja, Sakinah dinaikkan pangkat dan pada ketika itu, beliau dah berjaya mencapai target sales, dan mendapat gaji empat hingga lima digit sebulan.
Dalam masa yang sama, Sakinah juga ada mengusahakan perniagaannya sendiri. Jadi, apabila ada yang menawarkan kepadanya untuk membeli rumah, Sakinah tanpa berfikir panjang terus bersetuju kerana beliau yakin boleh menguruskan kewangannya dengan baik di masa hadapan. Yelah, pada waktu tu, Sakinah baru berusia 21 tahun, dan beliau sendiri telah berjaya untuk sediakan wang pendahuluan rumah.
Dalam pada itu, Sakinah juga telah membeli sebuah kereta jenama Honda yang umum mengetahui harganya bukan biasa-biasa. Bagi seorang anak muda di awal usia 20-an, kehidupan Sakinah pada masa itu seperti berada di puncak kejayaan. Dengan sikap borosnya, Sakinah menggunakan duit yang ada bagai tiada hari esok, tanpa membuat simpanan untuk digunakannya jika berlaku kecemasan.
Namun, ibarat pepatah disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, kontrak Sakinah bersama syarikat yang beliau kerja itu tidak dapat diteruskan disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi syarikat tersebut. Pada awalnya, Sakinah nampak positif, kerana beliau masih mempunyai perniagaannya. Namun, sekali lagi, Sakinah diuji apabila perniagaannya juga tidak berjalan baik seperti yang diharapkannya.
Sakinah terduduk jatuh memikirkan bagaimana caranya untuk dia bayar commitment yang ada. Loan kereta, house payment lagi, dan ada hutang kredit kad pula tu. Tambahan pula Sakinah bukanlah ada tahap pelajaran yang tinggi pun, memang agak sukar untuknya mendapatkan kerja dengan gaji yang tinggi sepertimana yang dia dah biasa terima sebelum ini.
Sakinah ada juga cuba bekerja dengan beberapa syarikat dalam bidang sales, namun komisyen yang diterima tidaklah sebanyak seperti sebelum ini. Namun untuk meneruskan hidup, Sakinah teruskan juga bekerja walaupun pendapatannya terjejas.
Menurut Sakinah, detik hitam yang dilalui oleh beliau bermula apabila beliau tidak dapat mengeluarkan duit gaji dari akaun bank beliau. Beberapa hari selepas itu, beliau mendapat surat untuk merujuk kepada Jabatan Insolvensi.
Beliau menerima notis bankrupsi dari Jabatan Insolvensi berjumlah RM113,000 kerana kegagalan membayar hutang tunggakan. Sakinah juga mempunyai rekod CCRIS CTOS yang tidak baik kerana mempunyai tunggakan kad kredit sebanyak RM15,700.
Perkara ini berlaku selepas kontraknya tidak disambung lagi dan ia menjadi punca beliau gagal untuk membayar segala ansuran bulanan yang ada. Sakinah menyangka dengan berdiam diri kerana takut tidak dapat membayar hutang dapat menyelamatkan beliau. Akan tetapi, sangkaan Sakinan telah membuatkan situasi yang dihadapinya menjadi semakin teruk.
Bagaimana Sakinah nak keluar dari krisis kewangan yang dihadapinya? Sakinah hanya ada dua pilihan, sama ada bayar atau diisyhtihar bankrupsi! Takkan Sakinah nak biarkan sahaja dirinya diisyhtihar bankrupsi seawall usia 32 tahun? Baca seterusnya di bahagian 2!
Comentarios