“Saya dah bayar loan rumah saya ni lebih 10 tahun dah, tiba-tiba bila saya semak baki pinjaman perumahan, hutang saya makin bertambah, bukan berkurang! Pening betul kepala saya!” Haa, pernah tak anda dengar kes macam ni?
Tapi sebelum tu, saya yakin mesti ramai yang tak sangka kes macam ni boleh berlaku kan? Perkara macam ni sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang pernah ada tunggakan rumah lebih daripada beberapa bulan. Atau dengan kata lain, perkara yang seperti ini tidak asing lagi apabila rumah itu pernah dikenakan tindakan undang-undang. Kadar faedah juga akan naik disebabkan cas pembayaran lewat dikenakan. Apa yang berlaku ialah seolah-olah anda tidak pernah membayar apa-apa pun selama 10 tahun ini. Haa pening kan dengar?
Jadi, jika anda pernah ada tunggakan atau pernah dikenakan tindakan undang-undang oleh bank, saya sarankan untuk cepat-cepat semak baki pinjaman perumahan anda, risau jadi kes yang sama macam salah seorang pelanggan kami ni.
Kes ini terjadi kepada Puan Alia, 45 dimana jumlah hutang bagi housing loan beliau kini melonjak naik lebih tinggi daripada nilai pinjaman asal yang beliau mohon masa awal-awal beli rumah dahulu, walaupun telah membeli rumah tersebut untuk tempoh lebih 10 tahun dah.
Nilai asal pinjaman rumah Puan Alia ialah RM83,500 dan setelah 10 tahun berlalu, jumlah baki pinjaman beliau meningkat sehingga RM86,753 walaupun Puan Alia telah membayar pinjaman tersebut dalam tempoh 10 tahun ini. Kadar faedah Puan Alia juga setinggi 7%, jadi tidak peliklah jika dia ada terlepas bayar dalam tempoh beberapa bulan, nilai pinjaman boleh mencecah sampai macam tu.
Bayangkanlah, kita ni selalu ikat perut lagi-lagi bila tiba hujung bulan sementara nak tunggu gaji baru masuk, dengan harapan berkuranglah jumlah hutang yang ada. Tapi rupa-rupanya, hanya kerana sedikit kesilapan lalu, Puan Alia terpaksa berdepan dengan masalah begini.
Puan Alia betul-betul risau dan tertekan memikirkan usianya yang semakin lanjut, tetapi hutangnya pula semakin bertambah, bukannya berkurang.
Ditambah pula dengan masalah kesihatan yang beliau ada menyebabkan beliau mula menghadapi financial difficulties sejak akhir-akhir ini. Menurut Puan Alia, beliau merasakan yang hidupnya seperti gelap seketika apabila mengetahui tentang hutangnya yang semakin bertambah itu.
Sebelum ini Puan Alia bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun selepas keadaan kesihatannya yang semakin merosot, Puan Alia terpaksa berhenti kerja kerana beliau tidak dapat memberikan komitmen penuh terhadap kerjanya lagi. Puan Alia terpaksa berulang alik ke hospital dua kali sebulan untuk berjumpa dengan doktor. Sekarang, Puan Alia hanya menjalankan perniagaan atas talian secara kecil-kecilan untuk menampung hidupnya. Pendapatan Puan Alia pun tidaklah tetap kerana bergantung kepada jualannya setiap bulan. Nasib baiklah loan kereta Puan Alia dah habis bayar 2 tahun yang lalu.
Rakan Puan Alia ada mencadangkan supaya Puan Alia membuat Pinjaman Pembiayaan Semula Rumahnya itu. Tetapi, permohonan Puan Alia tidak lepas walaupun beliau telah pergi ke 3 buah bank berbeza di Malaysia, atas sebab laporan kredit dan nisbah khidmat hutang dari bank yang tidak cantik menyebabkan beliau sukar untuk mendapatkan kelulusan dari pihak bank.
Puan Alia pada mulanya tidak percaya yang rekod CCRIS dan CTOS nya tidak cantik kerana menurutnya, dah beberapa tahun dia membayar semua ansuran bulanan mengikut masa yang ditetapkan. Puan Alia menceritakan yang dia memang pernah menghadapi krisis kewangan beberapa tahun lalu, dan pada ketika itulah beliau tidak mampu untuk membayar semula loan rumahnya dan akhirnya menyebabkan beliau dikenakan tindakan undang-undang. Namun, selepas keadaan kembali pulih, beliau tidak lagi mengelak dari membayar commitment bulanannya.
Apabila disemak semula, rupanya Puan Alia ada masalah hutang kad kredit lama yang tidak diselesaikan di mana Puan Alia sendiri terlepas pandang tentang perkara tersebut. Inilah yang menjadi punca utama mengapa permohonan untuk membuat pembiayaan semula rumah (refinancing) Puan Alia gagal. Nak tahu bagaimana Puan Alia berjaya refinance rumahnya walaupun dah 3 bank tolak permohonan beliau? Teruskan membaca di bahagian 2.
Comments